"Pengorbanan".
Apakah itu pergorbanan ?
Adakah pengorbanan membuat seseorang gembira?
Apa yang orang faham dengan maksud Pengorbanan?
Selalu seseorang akan berkorban untuk seseorang yang mereka kasihi , cintai , sayangi. Mereka sanggup korbankan cinta mereka untuk kegembiraan orang lain. Orang begini harus kita hormati kerana mereka sanggup berduka asal kan orang lain gembira. Bukan itu sahaja, orang begini susah untuk dicari, malah dalam 10 ,cuma satu aja yang akan bersikap begitu. Adakah anda orang itu? Ataupun saya? Ia memang senang disebutkan tetapi susah untuk membuatnya. Ia adalah kerana , ia memerlukan semangat yang kuat dan juga tabah . Setiap pengorbanan yang dilakukan amat berat sekali dan kadang kala susah hendak menerima kenyataan. Dalam drama "CutAmirah", watak Julita sanggup putuskan perkahwinannya dengan fauzi kerana dia tahu cinta fauzi terhadap mirah amat erat sekali . Dia korbankan hasrat keinginan untuk bersama fauzi. Pada episod yang akan datang pula , zakir pula korban kan cintanya terhadap amirah apabila mendapat tahu bahawa muz menyukai amirah. Walaupun duka dan hampa, muz tidak sampai hati untuk berkata tidak pada cinta adiknya terhadap amirah.
Andainya aku menghadapi situasi yang sama , adakah ku sanggup berkorban ?
p/s: dapat pengajaran daripada drama suria .(:
0 comments:
Post a Comment